Select Page

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid (MAKKHEM) merupakan majlis yang dianjurkan khusus bagi mengiktiraf dan menghargai kecemerlangan murid serta guru dalam bidang pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) dan kokurikulum.

Pengiktirafan ini merangkumi pelbagai bidang, termasuk unit beruniform, persatuan dan kelab serta sukan dan permainan. Penganjuran MAKKHEM bertujuan memberikan penghargaan kepada murid dan guru atas komitmen, usaha serta sumbangan mereka dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Selain itu, majlis ini juga menjadi platform untuk menyemarakkan semangat murid agar terus melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai program dan aktiviti sekolah, sekali gus membentuk sahsiah terpuji, disiplin diri dan semangat kerjasama.

Pihak sekolah turut menghargai jasa dan peranan guru yang sentiasa komited dalam membimbing serta menyokong pembangunan potensi murid. Diharapkan penganjuran MAKKHEM dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam bidang kokurikulum dan Hal Ehwal Murid, selaras dengan aspirasi sekolah untuk melahirkan murid yang seimbang, berketerampilan dan berdaya saing.

BUKU PROGRAM