Kepada:

Ibu bapa/penjaga yang dihormati, 

PELAKSANAAN AKTIVITI SUKAN DAN KOKURIKULUM

Dengan segala hormat saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Kementerian Pendidikan Malaysia telah bersetuju membenarkan pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah mulai 1 September 2020 dengan mengambil kira penjarakan fizikal, kebersihan dan keselamatan berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum.
  1. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum boleh dilaksanakan secara bersemuka atau secara dalam talian atau kedua-duanya mengikut kesesuaian tempat/ruang dalam kawasan sekolah dengan mengambil kira penjarakan fizikal, kesesuaian kemudahan peralatan serta kesesuaian pengoperasian sekolah.
  1. Kami di sekolah telah mengkaji semua aspek yang tersebut di para (3) di atas. Oleh kerana kekangan-kekangan khusus yang tidak dapat sekolah mematuhi 100% SOP yang sedang berkuatkuasa, maka pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum adalah secara dalam talian. Bagi murid-murid yang tidak mempunyai alat peranti dan pencapaian internet, mereka masih boleh melaksanakan aktiviti secara manual.
  2. Bersama-sama ini, disertakan jadual pelaksanaan aktiviti kokurikulum untuk tindakan dan rujukan tuan.

Sekian, harap maklum.

Saya yang menjalankan amanah,

TERESA CHAN
Pengetua
SMK Assunta

  

JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM TEMPOH PKPP 2020 (SEPTEMBER – NOVEMBER)

SENARAI AKTIVITI

A PERTOLONGAN CEMAS – KUIZ E SOP NORMA BAHARU (KESEDARAN PENCEGAHAN COVID-19)- KUIZ
B MALAYSIA PRIHATIN – POSTER DIGITAL F PROGRAM HIDUP SIHAT – TUNJUK CARA (MODUL)
C SEJARAH UNIT KOKURIKULUM – BUKU SKRAP ATAU JURNAL G PERATURAN UNIT PERMAINAN – KUIZ
D KAWAD KAKI – KUIZ (ARAHAN, PERATURAN, TATACARA) H PERTANDINGAN KATA-KATA HIKMAT

 

BULAN PERMAINAN

(ISNIN)

BOLA JARING

B. TAMPAR

B. BALING

OLAHRAGA

PERMAINAN

(SELASA)

HOKI

BADMINTON

PING PONG

CATUR

BADAN BERUNIFORM

(RABU)

KELAB/PERSATUAN

(JUMAAT)

SEPTEMBER 28 (C) 29 (C) 30 (C)
OKTOBER 5 (B) 6 (B) 7 (B) 2 (C)  , 9 (B)
12 (G) 13 (G) 14 (D) 16 (H)
19 (E) 20 (E) 21 (A) 23 (F)
26 (H) 27 (H) 28 (C) 30 (B)
NOVEMBER 2 (G) 3 (G) 4 (D) 6 (E)
9 (C) 10 (C) 11 (A) 13 (F)

 

KAEDAH PELAKSANAAN :

  1. Tempoh pelaksanaan ‘perjumpaan’ secara maya/online bermula dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam pada tarikh yang telah ditetapkan.
  2. Masa diperuntukan untuk menjawab soalan kuiz adalah selama 1 jam 30 min.
  3. Murid WAJIB menggunakan ID GC untuk menyertai semua aktiviti yang dijalankan online.
  4. Bagi murid yang tidak mempunyai kemudahan peranti elektronik atau capaian internet, murid boleh menyertai secara manual. Murid perlu mengambil bahan aktiviti di luar bilik guru dan mencatat nama, kelas dan unit kokurikulum di dalam kertas yang disediakan. Serahkan kembali bahan kepada guru penasihat unit.
  5. Markah kehadiran dan pencapaian murid akan diambil kira dalam PAJSK.

(JIKA MURID LOG MASUK UNTUK MANA-MANA AKTIVITI, IA DIKIRA SEBAGAI KEHADIRAN DAN JIKA MURID MENDAPAT TEMPAT 1-3 DALAM PERTANDINGAN, IA DIAMBIL KIRA JUGA BAGI PENCAPAIAN)

%d bloggers like this: